Friday, February 26, 2010

Waqaf


Waqaf
Waqaf dari sudut
bahasa ialah
berhenti atau
menahan manakala
dari sudut istilah
tajwid pula ialah
menghentikan
seketika bacaan
secara memutuskan
suara di akhir
perkataan untuk
bernafas dengan niat
ingin
menyambungkan
kembali bacaan.
Terdapat empat
jenis waqaf:
Taamm (ّﻡﺂﺗ - wakaf
sempurna) - apabila
berhenti pada satu
ayat yang putus,
tidak berkaitan atau
kena-mengena lagi
dengan mana-mana
kalimah atau
perkataan sesudah
ayat tersebut atau di
hadapannya sama
ada berkenaan lafaz
atau makna.
Kaaf (ﻒﺎﻛ - wakaf
memadai) - apabila
berhenti pada satu
ayat yang putus
tidak ada kena-
mengena dengan
satu-satu kalimah
atau perkataan
sesudah ayat
tersebut atau di
hadapannya pada
lafaz sahaja tetapi
ada kena-mengena
dalam maknanya.
Hasan (ﻦﺴﺣ - wakaf
baik) - apabila
berhenti pada satu
ayat yang ada kena
mengena dengan
yang sesudah dan
sebelumnya pada
lafaz sahaja, dengan
syarat yang
diberhentikan itu
telah memenuhi
maknanya.
Qabiih (ﺢﻴﺒﻗ - wakaf
buruk) - apabila
berhenti pada satu-
satu ayat tidak
sempurna maknanya
yang kadang-kala
ayat itu ada
berkaitan dengan
ayat-ayat yang
sebelum dan
sesudahnya sama
ada pada lafaz atau
pada makna.
Tanda-tanda waqaf
1. Tanda mim ( ﻤ )
dikenali sebagai
Waqaf Lazim. Adalah
dikehendaki berhenti
seketika apabila mim
muncul. Jika tidak
berhenti,
kebarangkalian yang
maknanya berubah.
2. Tanda tho ( ﻁ )
adalah tanda Waqaf
Mutlaq dan haruslah
berhenti seketika. Ia
menunjukkan yang
makna belum lagi
dinyatakan
sepenuhnya..
3. Tanda jim ( ﺝ ) adalah
Waqaf Jaiz. Lebih
elok berhenti
seketika di sini
walaupun tidak
berhenti adalah
dibenarkan.
4. Tanda zha ( ﻇ )
bermaksud lebih elok
TIDAK berhenti.
5. Tanda sod ( ﺹ )
dikenali sebagai
Waqaf Murakhkhas,
menunjukkan yang
tidak digalakkan
berhenti walaupun
berhenti dibenarkan.
Perbezaan antara
hukum tanda zha
dan sod adalah
kegunaannya, dalam
kata lain, keinginan
untuk berhenti
adalah lebih pada
tanda sod
6. Tanda sad-lam-ya' (
ﮯﻠﺻ ) merupakan
singkatan kepada
"Al-wasl Awlaa"
yang bermaksud
"Sambung lebih
elok". Pembaca
haruslah
meneruskan bacaan
kerana itu lebih elok.
7. Tanda qaf ( ﻕ )
merupakan
singkatan kepada
"Qeela alayhil waqf"
yang bermakna
"telah dinyatakan
yang berhenti harus
dilakukan ke
atasnya". Tidak perlu
berhenti di sini.
8. Tanda sod-lam ( ﻞﺼ )
merupakan
singkatan kepadan
"Qad yoosalu" yang
membawa maksud
"akan bersambung
kadang-kala".
Kadang-kala
seseorang akan
berhenti manakala
ada yang tidak
walaupun berhenti
lebih diutamakan.
9. Tanda perkataan Qif
( ﻒﻴﻗ ) bermaksud
berhenti! Ia muncul
pada tempat yang
kebarangkalian
pembaca akan
meneruskan bacaan
tanpa henti.
10. Tanda sin ( س ) atau
perkataan Saktah (
ﻪﺘﮑﺳ ) menandakan
berhenti seketika
tanpa mengambil
nafas. Dalam kata
lain, pembaca
haruslah berhenti
seketika tanpa
mengambil nafas
baru untuk
meneruskan ayat.
11. Tanda Waqfah (
ﻪﻔﻗﻭ ) serupa dengan
Saktah tetapi
bezanya ialah waqaf
pada Waqjah lebih
lama berbanding
Saktah.
12. Tanda Laa ( ﻻ )
bermaksud
"Jangan!". Tanda ini
muncul kadang-kala
pada penghujung
mahupun
pertengahan ayat.
Jika ia muncul di
pertengahan ayat,
tidak dibenarkan
berhenti dan jika
berada di
penghujung ayat,
pembaca tersebut
boleh berhenti atau
tidak.
13. Tanda kaf ( ﻙ )
merupakan
singkatan kepada
"Kathaalik" yang
bermaksud "serupa".
Dalam kata lain,
tanda yang sama
sebelumnya
digunakan di sini.
14. Tanda bertitik tiga (
... ...) yang dikenali
Waqaf Muraqabah
(Berhenti
Pemerhatian) atau
Waqaf Ta'anuq
(Terikat). Tanda ini
kadang-kala
diletakkan sekali
huruf jim yang turut
menjadi simbol bagi
Mu'aanaqah ini. Ia
akan muncul
sebanyak dua kali di
mana-mana saja dan
cara membaca
adalah Harus
berhenti di salah
satu tanda tersebut.
Jika sudah berhenti
pada tanda pertama,
tidak perlu berhenti
pada tanda kedua
dan sebaliknya.

Qalqalah


Qalqalah (ﻪﻠﻘﻠﻗ)
adalah bacaan pada
huruf-huruf qalqalah
dengan bunyi
seakan-akan
berdetik. Huruf
qalqalah ada lima
iaitu qaf (ق), tho (ط),
ba' (ب), jim (ج), dal
(د). Qalqalah
terbahagi kepada
dua jenis:
Qalqalah kecil iaitu
apabila salah satu
daripada huruf
qalqalah itu berbaris
mati dan baris
matinya adalah asli
dan bukan
mendatang.
Contoh:
َﻥﻮُﻌَﻤْﻄَﻴ,
َﻥﻮُﻋْﺪَﻴ
Qalqalah besar iaitu
apabila salah satu
daripada huruf
qalqalah itu
dimatikan dengan
mendatang. Dalam
keadaan ini, qalqalah
dilakukan apabila
wakaf padanya
tetapi tidak
diqalqalahkan
apabila diteruskan.
Contoh: ِﻖَﻟَﻔْﻟٱ,
ٍﻖَﻟَﻋ

Hukum Mad dan Hukum Ra'


Hukum mad
Mad bermaksud
lanjut atau lebih. Dari
segi istilah ulama
tajwid dan ahli
bacaan, mad
bermaksud
memanjangkan
suara dengan
lanjutan menurut
kedudukan salah
satu dari huruf mad.
Terdapat dua
bahagian mad iaiatu
mad asli dan mad
far'ie. Terdapat tiga
huruf mad iaitu alif,
wau, dan ya' dan
huruf tersebut
haruslah berbaris
mati atau saktah.
Kepanjangan bacaan
mad diukur dengan
menggunakan
harakat.
Lihat juga: Hukum
mad.
Hukum ra'
Hukum ra' adalah
hukum bagaimana
membunyikan huruf
ra' dalam bacaan.
Terdapat tiga cara
iaitu kasar atau
tebal, halus atau
nipis, atau harus
dikasarkan dan
dinipiskan.
Bacaan ra' harus
dikasarkan apabila:
Setiap ra' yang
berbaris atas atau
hadapan.
Contoh: ﺎَﻨﱢﺑَﺭ
Setiap ra' yang
berbaris mati dan
huruf sebelumnya
berbaris hadapan
atau atas.
Contoh: ﺽْﺭَﻻﺍَﻭ
Ra' berbaris mati
yang huruf
sebelumnya berbaris
bawah yang
mendatang, bukan
baris yang asal.
Contoh: ﺍْﻮُﻌِﺟْﺭٱ
Ra' berbaris mati dan
sebelumnya huruf
yang berbaris bawah
tetapi ra' tadi
berjumpa dengan
huruf isti'la'.
Contoh: ﺪﺎَﺻْﺮِﻣ
Bacaan ra' yang
dinipiskan adalah
apabila:
Setiap ra' yang
berbaris bawah.
Contoh: ٌﻝﺎَﺟِﺭ
Setiap ra' yang
sebelumnya
terdapat huruf lin
Contoh: ٌﺮْﻴَﺧ
Ra' mati yang
sebelumnya juga
huruf berbaris
bawah tetapi tidak
berjumpa dengan
huruf isti'la'.
Contoh: َﻦﻮَﻋْﺮِﻓ
Bacaan ra' yang
harus dikasarkan
dan dinipiskan
adalah apabila setiap
ra' yang berbaris
mati yang huruf
sebelumnya berbaris
bawah dan
kemudian berjumpa
dengan salah satu
huruf isti'la'.
Contoh: ﻕْﺮِﻓ
Isti'la' ( ﻼﻌﺘﺳﺍ ﺀ ):
terdapat tujuh huruf
iaitu kha' (خ), sod (ص),
dhod (ض), tho (ط), qaf
(ق), dan zho (ظ).

IDGHAM


Hukum idgham
Idgham (ﻡﺎﻏﺩﺇ) adalah
berpadu atau
bercampur dua huruf
atau memasukkan
satu huruf ke dalam
huruf yang lain.
Maka, jelaslah harus
dibaca dengan
memasukkan bunyi
huruf yang
seterusnya.
Terdapat tiga jenis
idgham:
1. Idgham
mutamathilain (ﻡﺎﻏﺩﺇ
ﻦﻴﻠﺛﺎﻤﺘﻣ - yang
serupa) ialah
pertemuan dua huruf
yang sama sifat dan
makhrajnya (tempat
keluarnya) dal
bertemu dal dan
sebagainya. Hukum
adalah wajib
diidghamkan.
Contoh: ﺪَﻗ
ْاﻮُﻠَﺨَﺩ.
2. Idgham mutaqaribain
( ﻡﺎﻏﺩﺇ ﻦﻴﺑﺭﺎﻘﺘﻣ - yang
hampir) ialah
pertemuan dua huruf
yang berhampiran
sifat dan
makhrajnya seperti
ba' bertemu mim,
qaf bertemu kaf dan
tha' bertemu dzal.
Contoh: ْﻢُڪﻘُﻠْﺨَﻧ
3. Idgham mutajanisain
( ﻡﺎﻏﺩﺇ ﻦﻴﺴﻧﺎﺠﺘﻣ -
yang sejenis) ialah
pertemuan dua huruf
yang sama
makhrajnya tetapi
tidak sama sifatnya
seperti ta' dan tho,
lam dan ra' serta
dzal dan zho. Contoh:
ﻞُﻗ ﱢﺏَﺭ

Hukum Alif Lam


Alif lam ma'rifah
adalah dua huruf
yang ditambah pada
pangkal kata nama
atau isim yang
menentukan maksud
perkataan itu dan
lain lagi. Terdapat
dua jenis kes bagi
alif lam ma'rifah
apabila bersambung
dengan ejaannya
iaitu qamariah dan
syamsiah.
Alif lam qamariah
ialah lam yang
bersambung terus
daripada empat
belas huruf ini iaitu
hamzah ( ء), ba' (ب),
jim (ج), ha' (ح),
kha' (خ), 'ain (ع),
ghain (غ), fa' (ف), qaf
(ق), kaf (ك), mim (م),
wau (و), ha' (ﮬ) dan
ya' (ي). Ini diambil
sempena perkataan
al-qamar ( ﺮﻤﻘﻟﺍ). Dari
perkataan itu, jelas
cara membacanya
adalah tidak
memasukkaan lam
ke dalam huruf
selepasnya tetapi
mematikannya
dengan jelas lalu
menyebut huruf
yang seterusnya.
Alif lam syamsiah
ialah lam yag
bersambung dengan
empat belas huruf ini
pula iaitu ta' ( ت),
tha' (ث), dal (د), dzal
(ذ), ra' (ر), zai (ز), sin
(س), syin (ش), sod
(ص), dhod (ض), tho
(ط), zho (ظ), lam (ل)
dan nun (ن). Ini
diambil sempena
perkataan asy-
syamsiah ( ﻪﻴﺴﻤﺸﻟﺍ).
Dari perkataan
tersebut, cara
membacanya adalah
dengan
memasukkan ke
dalam huruf selepas
lam yang
kebanyakkanya
disabdukan dan lam
tidak dibunyikan.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Themes | Free Song Lyrics, Cara Instal Theme Blog