Friday, February 26, 2010

Hukum Mad dan Hukum Ra'


Hukum mad
Mad bermaksud
lanjut atau lebih. Dari
segi istilah ulama
tajwid dan ahli
bacaan, mad
bermaksud
memanjangkan
suara dengan
lanjutan menurut
kedudukan salah
satu dari huruf mad.
Terdapat dua
bahagian mad iaiatu
mad asli dan mad
far'ie. Terdapat tiga
huruf mad iaitu alif,
wau, dan ya' dan
huruf tersebut
haruslah berbaris
mati atau saktah.
Kepanjangan bacaan
mad diukur dengan
menggunakan
harakat.
Lihat juga: Hukum
mad.
Hukum ra'
Hukum ra' adalah
hukum bagaimana
membunyikan huruf
ra' dalam bacaan.
Terdapat tiga cara
iaitu kasar atau
tebal, halus atau
nipis, atau harus
dikasarkan dan
dinipiskan.
Bacaan ra' harus
dikasarkan apabila:
Setiap ra' yang
berbaris atas atau
hadapan.
Contoh: ﺎَﻨﱢﺑَﺭ
Setiap ra' yang
berbaris mati dan
huruf sebelumnya
berbaris hadapan
atau atas.
Contoh: ﺽْﺭَﻻﺍَﻭ
Ra' berbaris mati
yang huruf
sebelumnya berbaris
bawah yang
mendatang, bukan
baris yang asal.
Contoh: ﺍْﻮُﻌِﺟْﺭٱ
Ra' berbaris mati dan
sebelumnya huruf
yang berbaris bawah
tetapi ra' tadi
berjumpa dengan
huruf isti'la'.
Contoh: ﺪﺎَﺻْﺮِﻣ
Bacaan ra' yang
dinipiskan adalah
apabila:
Setiap ra' yang
berbaris bawah.
Contoh: ٌﻝﺎَﺟِﺭ
Setiap ra' yang
sebelumnya
terdapat huruf lin
Contoh: ٌﺮْﻴَﺧ
Ra' mati yang
sebelumnya juga
huruf berbaris
bawah tetapi tidak
berjumpa dengan
huruf isti'la'.
Contoh: َﻦﻮَﻋْﺮِﻓ
Bacaan ra' yang
harus dikasarkan
dan dinipiskan
adalah apabila setiap
ra' yang berbaris
mati yang huruf
sebelumnya berbaris
bawah dan
kemudian berjumpa
dengan salah satu
huruf isti'la'.
Contoh: ﻕْﺮِﻓ
Isti'la' ( ﻼﻌﺘﺳﺍ ﺀ ):
terdapat tujuh huruf
iaitu kha' (خ), sod (ص),
dhod (ض), tho (ط), qaf
(ق), dan zho (ظ).

0 comments:

Post a Comment

SING arep pada komentar ya ngonoh,gratis ra bayar ora...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Themes | Free Song Lyrics, Cara Instal Theme Blog