Friday, February 26, 2010

Hukum Alif Lam


Alif lam ma'rifah
adalah dua huruf
yang ditambah pada
pangkal kata nama
atau isim yang
menentukan maksud
perkataan itu dan
lain lagi. Terdapat
dua jenis kes bagi
alif lam ma'rifah
apabila bersambung
dengan ejaannya
iaitu qamariah dan
syamsiah.
Alif lam qamariah
ialah lam yang
bersambung terus
daripada empat
belas huruf ini iaitu
hamzah ( ء), ba' (ب),
jim (ج), ha' (ح),
kha' (خ), 'ain (ع),
ghain (غ), fa' (ف), qaf
(ق), kaf (ك), mim (م),
wau (و), ha' (ﮬ) dan
ya' (ي). Ini diambil
sempena perkataan
al-qamar ( ﺮﻤﻘﻟﺍ). Dari
perkataan itu, jelas
cara membacanya
adalah tidak
memasukkaan lam
ke dalam huruf
selepasnya tetapi
mematikannya
dengan jelas lalu
menyebut huruf
yang seterusnya.
Alif lam syamsiah
ialah lam yag
bersambung dengan
empat belas huruf ini
pula iaitu ta' ( ت),
tha' (ث), dal (د), dzal
(ذ), ra' (ر), zai (ز), sin
(س), syin (ش), sod
(ص), dhod (ض), tho
(ط), zho (ظ), lam (ل)
dan nun (ن). Ini
diambil sempena
perkataan asy-
syamsiah ( ﻪﻴﺴﻤﺸﻟﺍ).
Dari perkataan
tersebut, cara
membacanya adalah
dengan
memasukkan ke
dalam huruf selepas
lam yang
kebanyakkanya
disabdukan dan lam
tidak dibunyikan.

0 comments:

Post a Comment

SING arep pada komentar ya ngonoh,gratis ra bayar ora...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Themes | Free Song Lyrics, Cara Instal Theme Blog