Friday, February 26, 2010

Waqaf


Waqaf
Waqaf dari sudut
bahasa ialah
berhenti atau
menahan manakala
dari sudut istilah
tajwid pula ialah
menghentikan
seketika bacaan
secara memutuskan
suara di akhir
perkataan untuk
bernafas dengan niat
ingin
menyambungkan
kembali bacaan.
Terdapat empat
jenis waqaf:
Taamm (ّﻡﺂﺗ - wakaf
sempurna) - apabila
berhenti pada satu
ayat yang putus,
tidak berkaitan atau
kena-mengena lagi
dengan mana-mana
kalimah atau
perkataan sesudah
ayat tersebut atau di
hadapannya sama
ada berkenaan lafaz
atau makna.
Kaaf (ﻒﺎﻛ - wakaf
memadai) - apabila
berhenti pada satu
ayat yang putus
tidak ada kena-
mengena dengan
satu-satu kalimah
atau perkataan
sesudah ayat
tersebut atau di
hadapannya pada
lafaz sahaja tetapi
ada kena-mengena
dalam maknanya.
Hasan (ﻦﺴﺣ - wakaf
baik) - apabila
berhenti pada satu
ayat yang ada kena
mengena dengan
yang sesudah dan
sebelumnya pada
lafaz sahaja, dengan
syarat yang
diberhentikan itu
telah memenuhi
maknanya.
Qabiih (ﺢﻴﺒﻗ - wakaf
buruk) - apabila
berhenti pada satu-
satu ayat tidak
sempurna maknanya
yang kadang-kala
ayat itu ada
berkaitan dengan
ayat-ayat yang
sebelum dan
sesudahnya sama
ada pada lafaz atau
pada makna.
Tanda-tanda waqaf
1. Tanda mim ( ﻤ )
dikenali sebagai
Waqaf Lazim. Adalah
dikehendaki berhenti
seketika apabila mim
muncul. Jika tidak
berhenti,
kebarangkalian yang
maknanya berubah.
2. Tanda tho ( ﻁ )
adalah tanda Waqaf
Mutlaq dan haruslah
berhenti seketika. Ia
menunjukkan yang
makna belum lagi
dinyatakan
sepenuhnya..
3. Tanda jim ( ﺝ ) adalah
Waqaf Jaiz. Lebih
elok berhenti
seketika di sini
walaupun tidak
berhenti adalah
dibenarkan.
4. Tanda zha ( ﻇ )
bermaksud lebih elok
TIDAK berhenti.
5. Tanda sod ( ﺹ )
dikenali sebagai
Waqaf Murakhkhas,
menunjukkan yang
tidak digalakkan
berhenti walaupun
berhenti dibenarkan.
Perbezaan antara
hukum tanda zha
dan sod adalah
kegunaannya, dalam
kata lain, keinginan
untuk berhenti
adalah lebih pada
tanda sod
6. Tanda sad-lam-ya' (
ﮯﻠﺻ ) merupakan
singkatan kepada
"Al-wasl Awlaa"
yang bermaksud
"Sambung lebih
elok". Pembaca
haruslah
meneruskan bacaan
kerana itu lebih elok.
7. Tanda qaf ( ﻕ )
merupakan
singkatan kepada
"Qeela alayhil waqf"
yang bermakna
"telah dinyatakan
yang berhenti harus
dilakukan ke
atasnya". Tidak perlu
berhenti di sini.
8. Tanda sod-lam ( ﻞﺼ )
merupakan
singkatan kepadan
"Qad yoosalu" yang
membawa maksud
"akan bersambung
kadang-kala".
Kadang-kala
seseorang akan
berhenti manakala
ada yang tidak
walaupun berhenti
lebih diutamakan.
9. Tanda perkataan Qif
( ﻒﻴﻗ ) bermaksud
berhenti! Ia muncul
pada tempat yang
kebarangkalian
pembaca akan
meneruskan bacaan
tanpa henti.
10. Tanda sin ( س ) atau
perkataan Saktah (
ﻪﺘﮑﺳ ) menandakan
berhenti seketika
tanpa mengambil
nafas. Dalam kata
lain, pembaca
haruslah berhenti
seketika tanpa
mengambil nafas
baru untuk
meneruskan ayat.
11. Tanda Waqfah (
ﻪﻔﻗﻭ ) serupa dengan
Saktah tetapi
bezanya ialah waqaf
pada Waqjah lebih
lama berbanding
Saktah.
12. Tanda Laa ( ﻻ )
bermaksud
"Jangan!". Tanda ini
muncul kadang-kala
pada penghujung
mahupun
pertengahan ayat.
Jika ia muncul di
pertengahan ayat,
tidak dibenarkan
berhenti dan jika
berada di
penghujung ayat,
pembaca tersebut
boleh berhenti atau
tidak.
13. Tanda kaf ( ﻙ )
merupakan
singkatan kepada
"Kathaalik" yang
bermaksud "serupa".
Dalam kata lain,
tanda yang sama
sebelumnya
digunakan di sini.
14. Tanda bertitik tiga (
... ...) yang dikenali
Waqaf Muraqabah
(Berhenti
Pemerhatian) atau
Waqaf Ta'anuq
(Terikat). Tanda ini
kadang-kala
diletakkan sekali
huruf jim yang turut
menjadi simbol bagi
Mu'aanaqah ini. Ia
akan muncul
sebanyak dua kali di
mana-mana saja dan
cara membaca
adalah Harus
berhenti di salah
satu tanda tersebut.
Jika sudah berhenti
pada tanda pertama,
tidak perlu berhenti
pada tanda kedua
dan sebaliknya.

0 comments:

Post a Comment

SING arep pada komentar ya ngonoh,gratis ra bayar ora...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Themes | Free Song Lyrics, Cara Instal Theme Blog